Sunday 11 December 2011

Lagu Tentang Bongkah

Berhibur sambil belajar

LATIHAN 7 : ULANGKAJI

LATIHAN 6 : ULANGKAJI

Mari adik-adik kita uji ingat adik-adik mengenai tajuk yang telah kita  pelajari. Cuba adik-adik jawab soalan-soalan dengan betul

LATIHAN 5 : HURAIAN 2 MATRA

HURAIAN BENTUK 2MATRA




LATIHAN 4 : BENTUK DUA DIMENSI

BENTUK DUA DIMENSI

Salam adik-adik, hari ini cikgu akan sambung lagi  pelajaran kita mengenai bentuk. Mari bersama-sama kita belajar mengenai bentuk 2dimensi atau 2matra.

Bentuk 2matra merupakan bentuk-bentuk yang digunakan untuk membentuk bongkah 3d. Bentuk 2matra hanya dapat dilihat melalui dua sisi sahaja itu depan atau belakang. Ada empat bentuk 2matra yang kita sering gunakan iaitu segiempat tepat, segiempat sama, dan segitiga dan bulatan.

Mari kita mengenal bentuk-bentuk ini  bersama contoh- contohnya


Tuesday 22 November 2011

LATIHAN : MENGENALI BENTUK YANG TELAH DICANTUMKAN

Satu lembaran kerja untuk anda cuba bagi anda mengenali bentuk-bentuk yang telah dipelajari di dalam keadaan bercantuk... selamat mencuba

LATIHAN 2 : MENGENALI BENTUK

Saya telah menyediakan satu lagi lembaran latihan bagi melatih anda mengenali bentuk-bentuk yang telah kita pelajari, selamat mencuba

HURAIAN MENGENAI SETIAP BENTUK

Untuk entri kali ini saya cuba menghuraikan setiap bentuk. Saya akan menghuraikannya melalui apa yang telah kita pelajari sebelum ini iaitu, permukaan rata, bucu, sisi melengkung dan sisi lurus.






BAHAGIAN-BAHAGIAN BENTUK

Labelkan bahagian-bahagian bentuk bucu, sisi ,permukaan rata dan permukaan melengkung. Disini saya menyediakan beberapa contoh.




MATEMATIK AMAT MENYERONOKKAN

Matematik amat menyeronokkan jika diterokai dengan hati yang lapang misalnya mengenal apa itu ruang dan bentuk.

Bentuk terbahagi kepada dua iaitu bentuk-bentuk tiga dimensi atau tiga matra (3D) dan bentuk dua matra (2D)

Bentuk tiga dimensi membolehkan kita melihatnya dari pelbagai sudut seperti sudut atas, bawah , depan ,belakang , kiri dan kanan. Contoh silinder, kubus,kuboid,piramid,sfera dan kon.

Di sini saya menyediakan satu lembaran latihan bagi anda untuk mengenal bentuk, selamat mencuba !

Untuk mendapatkan imej, klik kanan dan tekan "save picture as"

Tuesday 15 November 2011

MENGENALI BENTUK 3 DIMENSI

Matematik amat menyeronokkan jika diterokai dengan hati yang lapang misalnya mengenal apa itu ruang dan bentuk.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu bentuk-bentuk tiga dimensi atau tiga matra (3D) dan bentuk dua matra (2D)
Bentuk tiga dimensi membolehkan kita melihatnya dari pelbagai sudut seperti sudut atas, bawah , depan ,belakang , kiri dan kanan. Contoh silinder, kubus,kuboid,piramid,sfera dan kon.






Sunday 23 October 2011

SALAM PERKENALAN: MATEMATIK AMAT MENYERONOKKAN

KUNCI kepada kemahiran mengira bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah mengenali nombor-nombor asas dari satu ke lima sebelum memasuki peringkat lebih tinggi.

Ini termasuk menyusun nombor mengikut urutan, menghitung objek satu persatu atau menolak serta menambah nombor. Paling penting adalah bagaimana untuk meletakkan kemahiran ini ke dalam konteks pengiraan atau menyelesaikan sesuatu masalah sebenar.

Di sekolah, masalah matematik diajar menggunakan bahasa matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tetapi, apa yang lebih penting adalah mengajar anak tentang nombor dan matematik melalui kaedah yang lebih bermakna dan menyeronokkan.

Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa kemahiran mengira boleh dikaitkan dengan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh si anak